Thursday, August 31, 2023

Dunia media sosial makin toxic

Kenapa ya.. bila tengok fb.. tik tok.. insta..
Hampir semua platform di isi oleh toxic.. letih la baca semua ni.

Saturday, June 8, 2013

Tak de tempat nak bercerita.

Nak mengadu kat siapa.. Aku takde sesiapa pun. Kalau bercerita pun, bukan dapat motivasi pun. Yang dapat kena kondem ada la.

Rasa nak je kerja kat dalam makmal jaga wayar dan kabel. Dok sorang sorang.. Bercakap dgn besi dan tembaga.

Nak kembali ke dunia itu ke.

Bila dah takde hormat.

Susah sangat agaknya nak hormat suami. Nak tunggu suami mati baru nak hormat tepi kubur kot.

Rasa macam nak je rasa benda dlm botol tu..

Konpom tak jumpa sampai bila bila. Dah kan ke neraka aku terjun. Syurga pun tak jejak dah kalau aku bedal benda ni.

Sunday, May 12, 2013

Tak makan nasihat..

Tak boleh nak ditegur lansung. bagi nasihat benda yang betul pun tak makan. sampai bila la nak macam ni.

Benda simple je pun, periksa poket seluar kalau ada duit siling sebelum masukkan ke dalam washing machine. Duit tu nanti terselit celah spinner, dah slow nak spin, motor bleh terbakar sebab nak spin berat.

Bila rosak.. adus.. malas nak tulis. Bujang lagi bagus macam ni..

Tuesday, November 27, 2012

Satu Permulaan

Salam Sejahtera.

Bermula hari ini, aku akan cuba menulis aktiviti hidupku yang membosankan. Aku tak mengharapkan simpati, mahupun mengharapkan ada pembaca. Sekadar coretan peribadi untuk dibaca oleh yang tinggal apabila aku tiada nanti.